Terma dan syarat yang ditetapkan oleh JY Homestay Lumut.
1. JY Homestay Lumut hanya menerima tetamu dari keluarga Muslim.
2. Homestay ini selesa untuk 6 - 12 orang tetamu.
3. Masa untuk check in ialah jam 2.00 petang (1400hour).
4. Masa untuk check out ialah jam 12.00 tengahari (1200hour).
5. Tetamu perlu membayar deposit semasa tempahan dan menjelaskan keseluruhan
bayaran semasa masuk ke tempat penginapan.
6. Pihak kami tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang perkara buruk yang
berlaku kepada tetamu ketika berada didalam homestay atau diluar homestay.
7. Para tetamu bertanggungjawab mengawal dan menjaga keselamatan diri dan keluarga semasa menginap di homestay atau semasa berada di luar homestay
8. Para tetamu juga bertanggungjawab menjaga keselamatan semua peralatan, perabot
dan perkakasan yang terdapat di dalam dan di luar homestay semasa menginap di JY
Homestay.
9. Pastikan anda matikan (switch off) semua suis elektrik dan peralatan eletrik apabila hendak keluar meninggalkan homestay.
10. Pastikan anda memelihara adab dan tingkah laku semasa menginap di homestay
demi keselesaan anda dan kejiranan setempat.
11. Jaga kebersihan homestay dan kawasan sekitar demi keselesaan anda dan
kejiranan setempat.
12. Para tetamu dan kanak-kanak dilarang menghampiri tangki kumbahan dan kawasan tali air berhampiran homestay.
13. Awasi pergerakan anak-anak untuk mengelakan sebarang perkara tidak diingini.
14. Sila laporkan kepada penjaga homestay jika terdapat sebarang kerosakan pada
peralatan atau mana mana bahagian homestay.